Suri rumah rugi lebih RM60,000 ditipu sindiket kerja sambilan

Niat mahu menambah pendapatan bertukar mimpi ngeri apabila seorang suri rumah kerugian RM66,805 selepas terperangkap dengan sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 37 tahun menerima satu panggilan telefon pada 30 November daripada individu yang menyamar sebagai wakil sebuah platform e-dagang popular.

Menurutnya, suspek terlebih dahulu membina kepercayaan mangsa apabila menghantar bekas minuman sebagai hadiah pada 5 Disember, sebelum menawarkan kerja sambilan sebagai penilai produk syarikat berkenaan.

“Mangsa bersetuju dan kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan Telegram. Dia diberi tugasan untuk memberi ulasan produk, namun diminta membuat bayaran terlebih dahulu sebelum menerima tugasan dan dijanjikan pulangan wang berserta keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa membuat enam transaksi bayaran antara 8 hingga 10 Disember, namun sehingga semalam, tiada sebarang pulangan wang mahupun keuntungan diterima seperti dijanjikan.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada jam 11 pagi semalam.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

KD: Kena berhati-hati, terutama kalau diminta masuk group telegram ni biasanya scammer!



Sumber: Bernama

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan