Wanita dua suami: Bekas suami tampil beri penjelasan, sudah cerai sejak 2022

Kisah seorang wanita yang didakwa berkahwin dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri akhirnya mendapat penjelasan daripada suami pertama, apabila lelaki itu mengesahkan dia sebenarnya sudah menceraikan wanita tersebut hampir tiga tahun lalu.

Menurut lelaki berkenaan, penceraian itu berlaku pada 15 Januari 2022, namun tidak pernah dilaporkan kepada Pejabat Agama Islam.

“Saya telah menceraikan isteri dengan talak satu. Namun ahli keluarga tidak mengetahui perkara ini.
Saya mohon maaf kepada ahli keluarga dan semua pihak terlibat kerana menimbulkan kekeliruan ini,” katanya.

Penjelasan itu sekali gus menjawab dakwaan awal bahawa wanita tersebut berkahwin lagi ketika masih isteri, seperti yang dibangkitkan keluarganya sebelum ini.

Bagaimana Kisah Ini Terdedah?

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang wanita didakwa berkahwin dengan lelaki lain secara senyap selepas rahsianya dihidu adik iparnya, Nur, pada 6 Disember lalu.

BACA: Adik ipar bongkar kakak ipar ada dua suami lebih setahun

Nur bersama polis dan penduduk setempat pergi ke sebuah rumah di Batu 11 bagi mengesahkan dakwaan tersebut, sebelum mendapati wanita itu tinggal bersama lelaki yang didakwa sebagai suami kedua.

Dengan penjelasan terbaharu daripada bekas suami, insiden yang dianggap memalukan keluarga itu difahamkan berpunca daripada penceraian yang tidak dimaklumkan kepada pihak berwajib.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!