Khairul Aming umum restoran pertama, konsep kampung, modal RM4 juta

Usahawan dan pempengaruh terkenal asal Kelantan, Khairul Aming mengejutkan ramai apabila akhirnya mendedahkan projek yang disimpannya selama setahun iaitu pembukaan restoran pertamanya yang diberi nama Rembayung.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, beliau berkata restoran itu dijangka mula beroperasi pada Januari tahun depan, dan merupakan pelaburan terbesar pernah dilakukannya sepanjang bergelar usahawan.

“Selepas setahun simpan rahsia, I’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming.

Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC.

Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.

Khairul Aming turut berkongsi bahawa pembinaan restoran ini menjadi permulaan baharu selepas 10 tahun membina jenama dalam dunia digital.

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, I’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” ujarnya.

Lebih menarik, beliau mendedahkan bahawa 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja untuk menggerakkan operasi restoran tersebut.

Paling mencuri perhatian, mereka sendiri pada awalnya tidak mengetahui restoran itu sebenarnya miliknya.

“50 anak tempatan ditawarkan masuk kerja, kerja mereka tak tahu pun ni kedai KA… bila dah diterima masuk kerja baru tahu,” katanya.

Pengumuman itu mendapat sambutan hangat daripada peminat dan warga maya yang tidak sabar menantikan konsep serta menu hidangan ala kampung yang bakal diketengahkan di Rembayung.



KD: Update terbaru dari KA, Rembayung akan melaksanakan sistem 'reservation' sepenuhnya supaya tidak menyusahkan semua pihak beratur panjang

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan