Sepasang bakal pengantin maut SUV jatuh gaung sedalam lebih 60 meter

Tragedi memilukan menimpa sepasang bakal pengantin apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Hulu Terengganu petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan melibatkan Hassan Shazali, 52, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Lebir, Gua Musang, serta Suzaimah Che Azis, 34, pekerja kantin sekolah yang sama.

Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan SUV jenis Toyota Fortuner terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.

Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan,” kata Sharudin.

Mayat mereka dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa melalui jalan yang ditutup akibat tanah runtuh.

Sumber: Bernama, Terengganu Voice

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!