41 kampung di Terengganu diramal banjir susulan fenomena air pasang besar – JPS

Sebanyak 41 kampung di 12 muara sungai di Terengganu dijangka dinaiki air susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku mulai hari ini hingga 10 Disember.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Osman Abdullah berkata limpahan air laut di pesisir pantai dan muara boleh menyebabkan banjir di kampung berhampiran, terutama jika hujan turun serentak dengan kejadian air pasang.

Di Kuala Terengganu, lokasi berisiko melibatkan Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai, Taman Purnama, Kampung Pulau Rusa, Kampung Sekati dan Kampung Pulau Ketam.

Di Kuala Nerus pula melibatkan Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Tanjung Gelam.

Osman berkata daerah Dungun dijangka terjejas di Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alor Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya, Kampung Sura, Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau.

Di daerah Marang, kawasan diramal dinaiki air merangkumi Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Mercang dan Kampung Pulau Rusa Baru.

Setiu pula melibatkan Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikiri dan Kampung Telaga Papan.

Di Kemaman, empat lokasi dijangka terlibat iaitu Pulau Skepeng, Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Kampung Bakau Tinggi dan Kampung Baru Kemasik.

Osman turut menyenaraikan Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail di daerah Besut sebagai kawasan berisiko.

Beliau menasihati penduduk supaya berwaspada dengan perubahan cuaca dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.



Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor, Pahang dan Sarawak bermula 5 hingga 8 Disember.

Sumber: Bernama

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!