Pelajar UiTM Machang guna duit simpanan hantar penjaja tidak dikenali tunaikan umrah

Kisah kebaikan seorang anak muda yang benar-benar menyentuh hati apabila dia sanggup menggunakan duit simpanannya sendiri untuk membantu seorang wanita warga emas menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Menurut laporan Harian Metro, Segalanya bermula pada 3 Julai lalu apabila Azim Indra, 19, terserempak dengan seorang wanita bernama Umi, 74, yang menjaja donat di lampu isyarat Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Pertemuan singkat itu menjadi turning point yang tidak disangka.

Pada malam tersebut, Azim yang sedang bergelut dengan tugasan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang berkata doa Umi telah menenangkan hati dan membuatkan dia berfikir tentang pertemuan itu selama beberapa hari.

Katanya, dia sempat meminta alamat Umi sebelum berpisah dan kemudian nekad mencarinya semula kerana merasakan Allah SWT membuka pintu hatinya untuk membantu.

Azim yang juga penuntut semester tiga pengajian Perakaunan di UiTM Machang, Kelantan menggunakan sebahagian wang simpanannya hasil pembabitan dalam satu perniagaan untuk menaja Umi menunaikan umrah.

Pada 28 Ogos lalu, dia hadir sendiri ke rumah Umi untuk menyampaikan berita itu sebagai kejutan.

Umi dilaporkan sangat gembira hingga tidak putus mengucapkan syukur.

Melihat keadaan Umi yang uzur, Azim turut menaja seorang mutawwifah sebagai pembantu sepanjang di Tanah Suci.

Selain itu, Azim menguruskan pasport dan menyediakan semua keperluan umrah bagi memudahkan perjalanan wanita tersebut.

Segala urusan berjalan lancar dan Umi berlepas ke Tanah Suci pada 13 November sebelum selamat pulang pada 26 November melalui sebuah syarikat pengendalian umrah.

Azim mengakui pada mulanya berat hati untuk berkongsi cerita itu di TikTok, namun dia akhirnya memuat naik video tersebut dengan harapan lebih ramai mengenali Umi dan dapat membeli donat yang dijual.

Tidak disangka, kisah itu tular dan menerima ribuan doa serta kata-kata semangat.

Menurutnya, hingga hari ini dia masih berhubung dengan Umi dan berharap wanita itu sentiasa sihat serta kuat.

Azim juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut mendoakan mereka.

Katanya lagi, kebaikan tidak pernah sia-sia dan manusia yang terbaik ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.



KD: Kadang-kadang Tuhan hadirkan manusia asing untuk mengetuk hati kita. Kisah Azim dan Umi ini mengingatkan bahawa kebaikan tidak perlu saling mengenali, hanya perlu niat yang tulus.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Kos Penternakan Tinggi Punca Amalan Lepas Bebas Lembu Masih Berlaku Di Kelantan
|
Tekanan kos penternakan yang semakin meningkat dipercayai menjadi antara…
KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor
|
Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan…
Pemandu Sempat Keluar, Treler Rosak Brek Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
|
Seorang pemandu treler bernasib baik apabila sempat keluar dan…
Bekas Pemain Kelantan Mahu Ambil Alih 80 Peratus Saham Kelantan WTS FC
|
Sekumpulan bekas pemain Kelantan yang bernaung di bawah Ex-Treble…
JKN Kelantan Siasat Isu Remaja Sesak Nafas Tunggu Lama Di Hospital Tumpat
|
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menjalankan siasatan lanjut berhubung…
Anak Muda Kota Bharu Sanggup Turun Padang Bersihkan Bandar Tanpa Upah Demi Kelestarian Alam Sekitar
|
Ketika ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!