JPJ Kelantan kutip RM167,560 hasil lelongan kenderaan termasuk RXZ

Suasana di depoh tahanan kenderaan JPJ Kelantan semalam meriah apabila 114 pembida berhimpun untuk sesi lelongan awam melibatkan 113 kenderaan pelbagai jenis.

Hasilnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya mengutip RM167,560 daripada program tersebut.

Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, antara bidaan paling tinggi ialah sebuah Mini Cooper yang mendapat harga RM15,500, manakala Yamaha RXZ pula dilelong pada nilai RM12,100.

Katanya, lelongan awam ini bukan sekadar mengurangkan jumlah kenderaan tidak dituntut di depoh tahanan, tetapi juga menjadi salah satu cara menjana hasil kerajaan melalui prosedur yang sah dan berintegriti.

Dalam masa sama, Mohd Misuari turut memaklumkan mengenai siasatan terhadap lima buah lori yang didapati membawa muatan melebihi 50 peratus dalam Ops Perang Lebih Muatan sepanjang tempoh 14 Oktober hingga 27 November.

“Kenderaan berat seperti ini memberi risiko kepada pengguna jalan lain seperti muatan jatuh, jalan rosak, serpihan tayar berselerakan dan kegagalan brek berfungsi dengan baik,” katanya.



Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 7,472 kenderaan diperiksa dan 2,822 notis saman dikeluarkan.

Sumber: Bernama, Kosmo

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!