UiTM Kampus Gua Musang semakin hampir jadi kenyataan?

Dari hantaran di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Dato’ Mohd Syahbuddin bin Hashim, timbul satu khabar gembira yang buat ramai penduduk Gua Musang tersenyum menunggu perkembangan seterusnya.

Dalam perkongsian itu, beliau memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

Menerusi mesej tersebut, dinyatakan bahawa pembentangan kampus UiTM Kampus Gua Musang berjalan lancar, dan Rektor dijadualkan bertemu sendiri dengan YB Mohd Syahbuddin atau lebih mesra dipanggil YB Abe Din bagi perbincangan lanjut.

tangkap layar Adun Galas



Buat masa ini, perincian penuh mengenai pembangunan kampus itu masih belum diumumkan.

Untuk rekod, pada Mei lalu YB Mohd Syahbuddin bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Kelantan turut menyuarakan hasrat membawa cadangan pembinaan sebuah kampus bertaraf universiti di kawasan berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Pengarah MARA Negeri Kelantan sendiri telah turun ke Gua Musang bagi meninjau bangunan sewaan untuk kampus sementara serta melihat lokasi sesuai untuk penubuhan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di daerah itu.

Dalam lawatan yang sama, TPM turut mengumumkan pembukaan semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Gua Musang yang ditutup sejak tahun 2019.



Dengan perkembangan baharu ini, penduduk Gua Musang kembali menaruh harapan bahawa penubuhan kampus UiTM bukan lagi sekadar cadangan tetapi satu langkah yang semakin hampir direalisasikan.

TERKINI

Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!