MET Malaysia Tamatkan Amaran Hujan Berterusan Untuk Beberapa Negeri Termasuk Kelantan
Cuaca dijangka kembali stabil di beberapa negeri termasuk Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan selepas MET Malaysia menamatkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan sebelum ini.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), analisis model cuaca terkini menunjukkan keadaan semakin baik dan tiada lagi potensi hujan berterusan di kawasan-kawasan terlibat.
Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (kategori Bahaya, Buruk & Waspada) yang dikeluarkan pada 4.30 petang, 28 November 2025 ditamatkan serta-merta.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat cuaca terkini boleh merujuk laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan tersebut.
Sebarang persoalan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.
