Lebih 6,000 rakyat Malaysia terperangkap banjir di Thailand selamat dibawa pulang

Lebih 6,000 rakyat Malaysia yang sebelum ini terperangkap akibat banjir di Thailand akhirnya tiba ke tanah air dengan selamat sejak operasi menyelamat digerakkan Ahad lalu.

Dalam kenyataan terbaharu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa misi besar ini turut digerakkan oleh hampir 20 badan sukarelawan Malaysia bersama Wisma Putra, termasuk 13 pasukan bomba sukarela dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Beliau berkata keberanian serta komitmen para sukarelawan yang sanggup meredah banjir dan berdepan pelbagai risiko demi menyelamatkan rakyat Malaysia benar-benar menyentuh hatinya.

PM turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, pasukan penyelamat tempatan, pihak berkuasa Thailand serta pihak pengurusan UUM atas bantuan dalam menguruskan 36 pelajar dan dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang turut terkandas di Hatyai.

Beliau menyifatkan komitmen semua pihak memastikan keselamatan rakyat Malaysia sebagai lambang keprihatinan dan semangat kebersamaan yang tinggi tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang.



Perdana Menteri juga mengajak rakyat untuk terus berdoa agar misi membawa pulang mereka yang masih terperangkap dipermudahkan. Katanya, Wisma Putra akan terus memantau rapat situasi tersebut dan menghulurkan bantuan secepat mungkin.

BACA: Mangsa Banjir Disaran Memohon Bantuan Wang Ihsan RM1,000

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!