Penduduk Kampung Limau Kasturi diingatkan segera berpindah, paras Sungai Galas meningkat

Penduduk di kawasan rendah sekitar Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, dinasihatkan supaya berpindah lebih awal selepas paras Sungai Galas menunjukkan trend menaik dan kini berada pada tahap bahaya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, perpindahan awal penting bagi mengelakkan risiko keselamatan, terutama bagi penduduk yang tinggal berhampiran sungai.

Menurutnya, proses pemindahan akan dilakukan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan sukarelawan.

“Penduduk yang terlibat telah diberi penerangan secara lisan oleh anggota keselamatan di kampung berkenaan dan dinasihatkan supaya berpindah ke PPS di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi bagi mengelakkan risiko banjir,” katanya.



Sik berkata, ada anggota keselamatan yang terpaksa memujuk beberapa penduduk yang enggan berpindah, namun pihaknya tetap mengutamakan keselamatan dan berharap semua yang terlibat segera bergerak ke lokasi selamat.

BACA: Info terkini jalan ditutup dan aras sungai utama di Kelantan

Sumber: Bernama

TERKINI

Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Rumah Macam Zoo, Usahawan Turut Pelihara 6 Ekor Buaya Di Rumah
|
Seorang usahawan ternakan di Sungai Sikamat, Kajang, mendakwa sering…
Jual Lokcing Sambil Seludup Petrol, Terima Upah RM10 – RM15 Satu ‘Trip’
|
Seorang penjual lokcing warga Thailand dipercayai menjadikan aktiviti menyeludup…
Jawatan Kosong Kelantan