Penduduk rayu PM campur tangan PLSB Sungai Golok, bina terusan pintas

Penduduk di lebih 20 kampung sekitar Rantau Panjang merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina terusan pintas bagi menyelesaikan banjir buruk yang melanda sejak bermulanya Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pada 2021.

Penghulu Tanpa Mukim DUN Gual Periok, Sabri Muhammad berkata, pembinaan terusan pintas itu dianggap solusi terbaik kerana ia terus menangani punca utama banjir, bukan lagi langkah sementara.

Menurutnya, cadangan yang dikemukakan melibatkan pembinaan terusan Sungai Lanchang–Lemal–Alor Mengkuang sepanjang 14.2 kilometer, yang akan mengalirkan air banjir terus ke Sungai Pengkalan Nangka, Tumpat.

“Air banjir itu kemudiannya akan terus mengalir ke Laut China Selatan. Pada masa sama ia berupaya menghapuskan fenomena arus songsang yang menjadi punca utama banjir besar dan banjir termenung,” kata Sabri.

Katanya lagi, terusan tersebut berpotensi menurunkan paras banjir antara 1 hingga 3.5 meter, sekali gus menjadi satu-satunya intervensi teknikal yang benar-benar menyelesaikan isu dari akar.

Sabri turut menjelaskan bahawa kaedah yang digunakan sebelum ini — termasuk pembinaan ban dan terowong air — masih belum mencukupi, menyebabkan penduduk terus berdepan banjir besar setiap musim.

Penduduk juga berharap Perdana Menteri dapat melihat sendiri situasi yang berlaku, terutama selepas beberapa kampung mengalami banjir terburuk sejak 2022.

“Sejak 2022 lalu (pembinaan PLSB Sungai Golok), penduduk di kawasan ini berdepan banjir buruk sehingga air mencecah paras bumbung… terburuk dalam sejarah.

Sebelum PLSB Sungai Golok, banjir memang berlaku, tapi paras biasa saja dan tidak melibatkan kerosakan besar,” tambahnya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Tersang, Bendang Perol dan Gual To’Deh turut menyuarakan gesaan agar kerajaan mewujudkan terowong pada benteng PLSB kerana air tersekat menyebabkan banjir termenung hampir sebulan.



KD: Penduduk sebenarnya lebih faham apa solusi terbaik untuk kekang banjir sebab mereka hadapinya sendiri saban tahun.

Sumber: Utusan

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!