Amaran Banjir PRABN: Pasir Mas, Tanah Merah & Jeli Antara Kawasan Dijangka Terjejas
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir yang melibatkan beberapa jajahan di Kelantan susulan hujan berterusan serta paras air sungai yang diramal melepasi aras bahaya.
Amaran itu berkuat kuasa bermula 25 November 2025, 6.00 petang hingga 27 November 2025, 11.00 malam.
Dalam kemas kini yang dikeluarkan, beberapa kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok dikenal pasti sebagai lokasi berisiko.
PASIR MAS
(Poskod 17000)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Alor Gajah, Bakong Dalam, Banggol Che Wan, Banggol Sepuleh, Chat, Dalam Parit, Gading, Gelang Mas, Kalor, Kepas (2), Kolam, Kubang Binjal, Kubang Dapat, Kubang Hakim, Kubang Keroh, Kubang Pak Hitam, Lubok Kawah, Meranti, Senor, Kg. Siram, Kg. Bukit Lata dan Kg. Banggol Kong.
(Poskod 17070)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Kg. Banggol Stol, Bandar Baru Pasir Mas, Kg. Lubok Jong, Kg. Pusu 40, Kg. Repek, Kg. Seberang Merbau, Kg. Serai Lima, Kg. Teresek, Kg. Tiang Chandi dan Kg. Adang.
(Poskod 17200)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang, Kg. Tersang, Kg. Lanchar, Kg. Gual To’Deh, Kg. Mak Ribi Jeram Perdah, Kg. Padang Licin, Kg. Bendang Perol, Kg. Jejawi, Kg. Siram, Kg. Banggol Kong, Kg. Bukit Lata, Kg. Belengan, Kg. Padang Kijang, Kg. Kelewar, Tasik Cina, Rantau Panjang, Lubok Gong, Kg. Gual Dalam, Kg. Tok Deh, Kg. Tok Rusa dan Kg. Telaga Mas.
TANAH MERAH
(Poskod 15200)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Kg. Air Bujing, Kg. Nibong, Kg. Renab dan Kg. Tilam.
(Poskod 17500)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Kg. Jenob, Kg. Air Bujing dan Padang Kijang.
JELI
(Poskod 17700)
- Kawasan rendah sekitar Sungai Golok di Kg. Legeh, Kg. Gemang, Kg. Sungai Satan dan Kg. Ayer Lanas.
PRABN mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan, dan arahan pihak berkuasa perlu dipatuhi terutama oleh penduduk di kawasan rendah yang disenaraikan.
Sumber: PRABN
