Pasir Mas jadi fokus utama kerajaan jalankan pemulihan bandar-bandar lama

Pasir Mas Bakal ‘Hidup’ Semula, Kerajaan Kelantan & PLANMalaysia Rangka Pelan Pulih Bandar Lama

Kerajaan Kelantan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bakal memberi nafas baharu kepada beberapa bandar lama yang semakin uzur dan Pasir Mas menjadi fokus utama dalam usaha pemulihan itu.

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Dr. Alias Rameli, berkata meskipun pembangunan baharu rancak di negeri ini, realiti di lapangan menunjukkan banyak bandar lama masih perlukan perhatian khusus.

Katanya, Pasir Mas pernah menjadi kawasan tumpuan keluarga dari negeri jiran kerana kedudukannya berhampiran sempadan Malaysia–Thailand.

“Dulu Pasir Mas memang meriah, jadi tempat orang singgah. Tapi sekarang agak lesu dan perlu digiatkan semula secara menyeluruh,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan semalam.

Menurut beliau, beberapa aspek diperlukan untuk ‘revitalize’ kawasan tersebut termasuk landskap, laluan pejalan kaki, jalan raya, penyusunan semula trafik dan pembangunan taman awam.

Alias berkata, kewujudan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menjadi pemangkin besar dalam menghidupkan semula ekonomi dan sosial Pasir Mas, lebih-lebih lagi dengan stesen utama di Tunjong serta cadangan landasan tambahan menuju Rantau Panjang.

“Kalau semua berjalan lancar, limpahan ekonomi boleh sampai ke Pasir Mas secara langsung,” tambahnya.

Bagi memastikan pembangunan lebih teratur, semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan turut diberikan pelan tindakan khas sebagai panduan memohon dana pembangunan sama ada daripada kerajaan negeri atau Persekutuan.

Menurut Alias, pelbagai dokumen dan skim pembiayaan disediakan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, antaranya projek bandar selamat, bandar pintar serta pembinaan Taman Rekreasi MADANI bernilai sekitar RM500,000.



Namun jelasnya, PBT perlu mengemukakan permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Sumber: Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan