Lelaki ini dedah kawasan lubuk emas di Kelantan untuk pendulang

Seorang pengguna Facebook, Farid Qasya MD, menarik perhatian ramai apabila berkongsi maklumat lengkap tentang kawasan ‘hotspot’ emas di negeri Kelantan.

Perkongsian tersebut termasuk jenis emas, lokasi terbaik, serta faktor geologi yang menjadikan Kelantan antara negeri yang memiliki sumber emas paling banyak di Semenanjung.

Menurut Farid, jalur emas Kelantan sebenarnya berada pada laluan sama dengan Central Gold Belt Malaysia, iaitu jalur emas utama negara merentasi Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Namun, Kelantan kini semakin mendapat perhatian kerana makin banyak penemuan emas aluvial dan nugget dari masa ke masa.

Hotspot Emas Di Kelantan

1. Gua Musang

Antara lokasi paling aktif dan sering menjadi tumpuan penggemar mendulang:

  • • Sungai Sok
  • • Sungai Relai
  • • Hutan Belatim
  • • Lebir
  • • Aring

Di sini, emas wujud dalam bentuk aluvial dan batuan keras (hard-rock).
Ramai pernah menjumpai nugget kecil hingga besar dalam range 0.5g hingga 100g.

2. Jeli

  • • Sungai Pergau
  • • Sungai Batu Melintang

Kawasan ini kaya dengan emas halus (flaky) yang bercampur pasir hitam. Nugget jarang, tetapi tetap wujud.

3. Tanah Merah & Kuala Krai

  • • Sungai kecil
  • • Kawasan paya pinggir hutan

Emas aluvial dan pasir hitam magnetik banyak dijumpai di kawasan begini.

Peta hotsport kawasan emas di Kelantan

Peta kawasan emas di Kelantan yang dikongsikan Farid Qasya MD



Jenis Emas Yang Ada Di Kelantan

Farid turut menerangkan jenis emas yang biasa ditemui:

Emas Aluvial (Sungai) – Paling Banyak

  • • Warna lebih kuning pekat & gelap berbanding Pahang
  • • Bentuk halus, flaky, nipis seperti cornflake
  • • Kadang bercampur pasir emas granular

Emas Nugget

Lokasi yang ada potensi nugget:

  • • Sungai Sok
  • • Sungai Relai
  • • Pergau
  • • Gua Musang

Saiz biasa:

  • 0.2g – 3g (umum)
  • 5g – 30g (jarang)
  • 40g ke atas (sangat rare)

Hard-Rock Gold (Urat Kuarsa)

Banyak terdapat di perbukitan Gua Musang dengan urat kuarsa putih susu dan batuan sulphide seperti pyrite & arsenopyrite.

Kenapa Kelantan Banyak Emas? (Penjelasan Geologi)

Menurut Farid, ada beberapa faktor utama:

1. Kelantan berada tepat di Central Gold Belt

Jalur emas utama Malaysia yang terbentuk 200 juta tahun dahulu.

2. Aktiviti Vulkanik Purba

Air panas bawah tanah zaman dahulu membawa larutan emas dan mendap di rekahan batu kuarsa.

3. Hakisan Gunung Tua

Gunung purba di Gua Musang terhakis ribuan tahun lalu — lalu membawa emas turun ke sungai, membentuk emas aluvial.

Lokasi Potensi Mendulang Yang Masih 'Lega' Untuk Orang Awam

(Asalkan bukan kawasan larangan dan patuh undang-undang)

  • • Sungai-sungai kecil di hutan Gua Musang
  • • Cabang sungai yang berpasir hitam
  • • Bendang sungai, kawasan eddy, belakang batu besar
  • • Bekas sungai lama (oxbow)

Farid mengingatkan, banyak kawasan kini berlesen atau dikawal, jadi aktiviti perlu dibuat secara rekreasi/hobi dan hanya di zon dibenarkan.

“Orang Kelantan boleh happy-happy mendulang… tapi jangan lupa apply lesen dulu!” – Farid Qasya MD

TMB Kelantan Umum Rakyat Boleh Mendulang Emas Secara Sah

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa rakyat Kelantan dibenarkan mendulang emas, tetapi perlu:

• Memohon lesen terlebih dahulu
• Mengikut zon dibenarkan
• Tidak memasuki kawasan melombong berlesen
• Tidak melakukan aktiviti secara komersial tanpa permit

Langkah ini dibuat bagi mengawal keselamatan, mengelakkan pencerobohan kawasan berlesen, dan memelihara alam sekitar — sambil memberi ruang kepada rakyat untuk melakukan aktiviti rekreasi secara sah.

Pengumuman itu membuatkan ramai penggemar outdoor dan treasure-hunting semakin berminat mencuba aktiviti mendulang secara rekreasi.



Sumber: Farid Qasya MD

TERKINI

Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
“3 hari Kat Kelantan Baru Tahu Waktu Solat Jumaat Mall Kena Tutup..”
|
Satu hantaran tular di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai…
Dua kapal India Diserang, Diarah Berpatah Balik Ketika Melintasi Selat Hormuz
|
Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UK Maritime Trade…
Jawatan Kosong Kelantan