Kelantan umum bantuan khas RM500 kepada penjawat awam negeri

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada negeri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata bantuan berkenaan turut akan dipanjangkan kepada lantikan politik dengan jumlah yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Bayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada awal bulan Mac 2026 bagi meringankan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan – Belanjawan 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Rabu.

Mohd Nassuruddin turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan sebagai salah satu inisiatif meringankan beban kewangan rakyat.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, dengan ini saya umumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, tempoh tawaran diskaun itu akan dapat dinikmati oleh rakyat bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2025, tertakluk kepada kaedah bayaran seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025.



Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan, selain menggalakkan pematuhan terhadap tanggungjawab pembayaran cukai tanah di seluruh Kelantan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Pemuda Cedera Di Muka Ditembak Ketika Cuba Halang Pencuri Lembu Di Tanah Merah
|
Seorang anak peneroka FELDA cedera selepas ditembak sekumpulan lelaki…
Program Tahfiz MAIK Berjaya Lahirkan Dua Huffaz Dalam Kalangan Banduan
|
Program pemulihan akhlak melalui pendidikan al-Quran anjuran Majlis Agama…
Menteri Besar Kedah Muncul Dalam Filem The Keris, Pegang Watak Panglima
|
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor…
Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Jawatan Kosong Kelantan