Guru dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual keatas pelajar lelaki di Pulau Perhetian

JERTIH – Seorang guru dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh, Anuar Yusoff, 48, dan memerintahkan semua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani khidmat kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fadhli berkata, setelah meneliti semua keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

“Dengan mengambil kira tertuduh sebagai seorang guru yang seharusnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa untuk melepaskan nafsu, apatah lagi apabila mangsa adalah daripada jantina yang sama.

“Tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada tertuduh sebagai seorang guru namun tertuduh telah mengkhianati kepercayaan itu dengan melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa dan tindakan sedemikian telah meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar berkenaan di dalam sebuah bilik di resort di Pulau Perhentian, pada jam 3 petang 29 Julai 2022 serta 1 pagi dan 5 pagi 30 Julai 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh atas perbuatan keji itu yang meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

“Satu hukuman berat wajar dikenakan terhadap tertuduh agar menjadi mesej jelas kepada masyarakat bahawa perbuatan keji seperti ini tidak akan dipandang ringan oleh mahkamah, khususnya melibatkan mangsa kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, peguam Nik Ismail Nik Lah yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah berkhidmat sebagai guru selama 25 tahun, menanggung dua anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

No posts found!



Seramai enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk tertuduh, dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan