Nelayan hilang di perairan Tumpat ditemukan selamat di muara Pantai Senok

TUMPAT – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat di sini pada Isnin, ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada pagi Selasa.

Mangsa, Isa Ismail, 67, ditemukan pada jam 10.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejak malam sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan daripada anak mangsa, Mohd Zainudin Ismail, selepas bapanya gagal pulang ke rumah.

“Warga emas itu keluar menangkap ikan pada jam 7.30 pagi di perairan Pulau Pantai Haji Nik Mat, Palekbang.

“Mangsa sempat menghubungi anaknya untuk memaklumkan bahawa enjin botnya tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, hubungan dengan mangsa terputus sekitar jam 6 petang, dengan lokasi terakhir dikenal pasti di kawasan Pantai Senok.

Susulan laporan itu, Maritim Malaysia Kelantan dan Pasukan Polis Marin melancarkan operasi SAR di sekitar perairan Tumpat hingga Bachok.

“Alhamdulillah, mangsa berjaya ditemukan selamat kira-kira jam 10.30 pagi berhampiran Muara Pantai Senok,” katanya.



Menurut Mohd Khairi, Isa menzahirkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan komuniti setempat atas bantuan dan keprihatinan yang diberikan sepanjang misi pencarian dijalankan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!