Bukan dirasuk jin, tapi tetanus: Kisah di sebalik “kejang dan mulut terkunci”

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menjelaskan bagaimana penyakit tetanus yang dahulunya sering dianggap sebagai “kerasukan syaitan” sebenarnya berpunca daripada jangkitan bakteria.

Perkongsian oleh pengguna Facebook Aliff Liv Story itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan penjelasan sains di sebalik simptom menakutkan seperti kejang otot, mulut terkunci dan badan melengkung ke belakang, yang sebelum ini dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.

Berikut petikan penuh perkongsian tersebut:


**“200 tahun dulu, bila seseorang tiba-tiba kejang, mulut terkunci, dan badan melengkung ke belakang, orang kampung percaya itu tanda dirasuk syaitan. 👀
Sebenarnya, itu bukan kuasa ghaib. Itulah tetanus, sejenis jangkitan bakteria yang menyerang sistem saraf manusia.

Bakteria bernama Clostridium tetani ni masuk ke dalam badan melalui luka kecil, contohnya luka paku berkarat atau luka terbuka yang tak dibersihkan.

Apabila bakteria ni keluarkan toksin, otot mula mengejang kuat, bermula dari rahang (lockjaw), leher, sampai seluruh badan.

Postur melengkung ke belakang tu pula dipanggil opisthotonos, satu ciri khas pesakit tetanus yang dulu disalah anggap sebagai ‘kerasukan’.

Hari ni kita tahu, bukan jin, tapi bakteria.

Dan berita baiknya, penyakit ni boleh dicegah sepenuhnya dengan vaksin.”**


Perkongsian tersebut bukan sahaja membuka mata ramai tentang kepentingan vaksin tetanus, tetapi juga menunjukkan bagaimana ilmu perubatan moden mampu menjelaskan perkara yang dahulunya dikaitkan dengan unsur mistik.



Pakar kesihatan turut menasihati agar masyarakat memastikan vaksin tetanus diambil semula setiap 10 tahun bagi memastikan perlindungan kekal aktif, terutama bagi mereka yang sering terdedah kepada luka atau kerja luar.

#KelantanDaily
Sumber: Aliff Liv Story

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan