Polis serah siasatan dakwaan ajaran sesat ‘Abuya’ kepada JAHEAIK

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah melengkapkan siasatan terhadap seorang mudir pondok pengajian agama dikenali sebagai ‘Abuya’, yang baru-baru ini didakwa atas beberapa pertuduhan serangan seksual serta disyaki terbabit dengan amalan bertentangan ajaran Islam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu turut mengesan kemungkinan wujud unsur ajaran sesat dikaitkan dengan suspek.

“Siasatan terhadap kes serangan seksual membabitkan mudir itu turut menumpukan kepada beberapa aspek termasuk kemungkinan ajaran menyimpang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dakwaan berkaitan ajaran bertentangan dengan Islam telah dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati sekolah agama dikendalikan suspek tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

“Siasatan kami lebih tertumpu kepada kesalahan jenayah yang dilakukan suspek, manakala dakwaan berkaitan ajaran agama menyimpang akan disiasat sepenuhnya oleh JAHEAIK,” jelasnya.

‘Abuya’ yang berusia 46 tahun itu didakwa bulan lalu atas enam pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang pelajar.

Susulan kes itu, polis mempertingkatkan pemantauan terhadap institusi agama tidak berdaftar di seluruh Kelantan bagi mengelakkan penyalahgunaan institusi agama untuk penyebaran ajaran sesat atau kegiatan jenayah.

“Langkah ini selaras dengan komitmen polis untuk memastikan semua institusi agama beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama,” katanya.

No posts found!



Beliau turut menegaskan, tumpuan khusus kini diberikan kepada pusat pengajian pondok dan tahfiz tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi mengelakkan sebarang aktiviti tidak bermoral atau yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!