Tujuh kluster influenza dikesan di Kelantan, situasi masih terkawal

KOTA BHARU – Penularan wabak influenza di negeri ini masih berada pada tahap terkawal dengan tujuh kluster dikesan melibatkan institusi sekolah setakat 15 Oktober 2025, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah.

Beliau berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk kerajaan negeri melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada orang ramai memandangkan situasi masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan kes ketara.

“Kita akan dapatkan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berhubung perkara ini.

Saya rasa belum perlu lagi kerana ia terkawal dan tiada pertambahan kes. Lagipun vaksinasi bukan tanggungjawab kerajaan negeri, ia perlu ditanggung sendiri,” katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Hilmi berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 yang diadakan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar), Dr. Aida Muhid, dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr. Yahasmida Yaacob.

Menurut Hilmi, kerajaan negeri bagaimanapun akan mempertimbangkan pemberian vaksin percuma sekiranya JKNK menasihatkan langkah vaksinasi perlu diambil atau jika jumlah jangkitan meningkat.



“Jika jumlah jangkitan tidak ramai, kerajaan negeri boleh pertimbangkan untuk memberi vaksin secara percuma,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

TERKINI

Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Jawatan Kosong Kelantan