KOTA BHARU – Persembahan khas Team Akrobatik Army Red Warrior bakal menjadi antara tarikan utama sambutan ambang kemerdekaan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 30 Ogos ini.
Acara yang dijadual bermula jam 8 malam itu akan diisi program termasuk Malam Munajat Merdeka, Simfoni Pergendengan, persembahan seni mempertahankan diri, nyanyian lagu-lagu patriotik serta kemuncaknya pertunjukan bunga api khas tepat jam 12 tengah malam.
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyambut kiraan detik 31 Ogos di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini. Masuk adalah percuma! –#KelantanDaily
