Duta Jepun puji tadbir urus matang Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU – Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki memuji pendekatan kepimpinan matang yang diamalkan Kerajaan Negeri Kelantan, yang disifatkan membantu memperkukuh hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan, berkata penghargaan itu dizahirkan TYT Shikata sempena kunjungan hormat beliau ke Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan
“TYT Shikata menyatakan penghargaan atas tadbir urus matang yang dilaksanakan kerajaan negeri.

"Kepimpinan sebegini telah membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik dengan Jepun demi manfaat bersama,” katanya dalam hantaran di media sosial, Jumaat.

Menurut Dato' Dr. Mohamed Fadzli, antara fokus yang diketengahkan kepada TYT Shikata termasuk potensi pelaburan strategik di Tok Bali, Lojing Highlands dan Bandar Baru Tunjong, selain peluang kerjasama dalam sektor pelancongan, pendidikan serta kebudayaan.

“Kelantan telah membuktikan rekod kerjasama positif dengan syarikat Jepun, termasuk ROHM-Wako yang lama beroperasi di negeri ini dan menjadi model pelaburan berjaya,” jelasnya.

Beliau turut menambah, penglibatan Kelantan dalam Expo Osaka 2025 melalui penganjuran Kelantan Week akan digunakan sepenuhnya bagi memperkenalkan potensi negeri di peringkat antarabangsa.

TYT Shikata turut menyatakan minat Jepun untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekonomi, khususnya dalam sektor sumber asli seperti nadir bumi bukan radioaktif (REE).

"Kerjasama strategik ini selaras dengan aspirasi Dasar Pandang ke Timur yang digagaskan oleh Kerajaan Malaysia, yang menekankan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan dengan negara-negara Timur, khususnya Jepun," ujarnya. –#KelantanDaily

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan