Pendidikan percuma PTPTN kepada keluarga miskin bermula tahun hadapan

Seramai 5,800 anak keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bakal menikmati Pendidikan Percuma PTPTN mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif baharu itu melibatkan peruntukan RM120 juta setahun, khusus bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,705 sebulan.

“PTPTN lahir daripada iltizam untuk mengeluarkan anak bangsa daripada kancah kemiskinan melalui pendidikan.

Ini satu permulaan berani yang belum difikirkan sebelum ini, dan kita berharap ia dapat ditingkatkan mengikut kemampuan kewangan negara pada masa depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.


Pengecualian Bayaran Balik Kepada Graduan Kelas Pertama

Selain itu, kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan tahunan RM90 juta.


Sekatan Perjalanan Kepada Peminjam Culas

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan akan memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang bekerja di luar negara tetapi gagal melunaskan bayaran balik pinjaman mereka.

Langkah itu, katanya, bertujuan memastikan peminjam yang berkemampuan menunaikan tanggungjawab tanpa membebankan kerajaan dan peminjam lain.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan