Lelaki maut selepas rogol dan samun empat wanita di sebuah rumah

KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki disyaki terbabit kes samun dan rogol maut selepas ditangkap polis dalam kejadian di Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 26 tahun mengadu sesak nafas selepas ditahan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba 40 minit kemudian.

Beliau berkata sebelum itu, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.40 tengah hari dengan dua anggota bergegas ke lokasi, iaitu rumah didiami empat wanita tempatan. 

“Sebaik tiba, anggota polis meminta penghuni rumah membuka pintu dan lima minit kemudian seorang lelaki berbuat demikian.

“Anggota polis memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, namun suspek mengeluarkan pisau pemotong daging dan cuba menetak polis.

“Berlaku pergelutan dan suspek menumbuk muka serta menggigit tangan anggota polis, sebelum berjaya ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur tidak menemukan kecederaan fizikal nyata manakala punca kematian masih menunggu laporan makmal.

Beliau berkata suspek dipercayai menyamar sebagai penghantar barang untuk masuk ke rumah itu dan mengikat tangan semua mangsa serta mengurung tiga daripadanya di bilik utama.



“Seorang lagi mangsa dibawa ke bilik kedua dan dirogol dua kali di bilik serta tandas. Semua mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan, muka dan badan,” katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan samun juga mengambil wang tunai RM200 dan kad ATM milik mangsa. - BERNAMA

#KelantanDaily

TERKINI

Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!