Exco Kelantan desak tindakan tegas isu hidang arak dalam majlis kerajaan

KOTA BHARU – Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Ustaz Mohd Asri Mat Daud, mendesak tindakan tegas diambil selepas tular dakwaan arak dihidangkan secara free flow pada Majlis Makan Malam Gala Global Travel Meet 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 2 Oktober lalu.

Hidangan arak tanpa had yang dikatakan menjadi sebahagian majlis rasmi itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di seluruh negara kerana bercanggah dengan sensitiviti agama.

Menurut YB Ustaz Asri, perkara tersebut jelas berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bercanggah dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan amaran “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan.”

“Walaupun garis panduan itu khusus mengenai penjualan, ia perlu dilihat sebagai budaya sensitif yang tidak wajar dihidangkan secara terbuka, apatah lagi dalam majlis rasmi kerajaan yang turut dihadiri orang Islam,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial rasminya hari ini.

Beliau menegaskan, normalisasi arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah perbuatan biadab yang menjejaskan moral, etika dan imej pentadbiran Kerajaan Madani.

YB Ustaz Asri turut menggesa penganjur dikenakan tindakan, selain meminta pihak MOTAC tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf atas ketelanjuran berkenaan.


Katanya, isu itu perlu dilihat sebagai kesalahan besar dan tidak boleh dipandang ringan agar kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan bukan sahaja bercanggah dengan agama dan moral, malah menjatuhkan kredibiliti pentadbiran,” tegasnya.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point, Sinar Harian

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!