Meriah! Sekitar perarakan kereta berhias di Kota Bharu sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

KOTA BHARU – Suasana Kota Bharu malam tadi meriah dengan kehadiran puluhan ribu orang ramai yang membanjiri jalan raya bagi menyaksikan perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan.

Perarakan penuh warna-warni itu bermula dari perkarangan Kompleks Kota Darulnaim (SUK) sebelum menuju ke Stadium Sultan Muhammad IV, dengan barisan kereta berhias pelbagai tema yang memukau perhatian pengunjung.

Orang ramai yang hadir sejak awal petang berpeluang melihat dari dekat kreativiti hiasan kenderaan yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.


Kemeriahan sambutan semakin dirasai apabila setiap laluan yang dilalui dipenuhi orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama keluarga.

Acara perarakan kereta berhias ini menjadi antara acara utama yang dinanti-nantikan masyarakat Kelantan, sekaligus mencerminkan kecintaan rakyat terhadap institusi diraja negeri.

https://www.tiktok.com/@thekelantandaily/video/7557515962283592978?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7477274965193295367

TERKINI

10 Sekolah Di Bachok Terjejas Jerebu Akibat Kebakaran Tanah Gambut
|
Sebanyak 10 sekolah di daerah Bachok dilaporkan terjejas akibat…
“Kelantan Dah Lama Ketinggalan, Jadi Kita Nak Kejar” – MB Kelantan
|
Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri…
Sindiket ‘Love Scam’ Jadikan Resort Di Tanah Merah Pusat Operasi, 58 Orang Ditahan
|
Taktik licik sindiket ‘love scam’ yang menjadikan sebuah resort…
Tegur Anak Buat Air, Warga Emas Maut Ditumbuk Anak Sendiri Di Kota Bharu
|
Seorang warga emas berusia 83 tahun disahkan meninggal dunia…
Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan