Pasangan Suami Isteri Maut Selepas Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda Di Jalan Lipis-Benta

Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, pemandu kereta, Mohd Khair Zainudin, 55, bersama isterinya, Norzaili Khalil, 49, yang merupakan penumpang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke Raub.

Manakala pacuan empat roda yang dinaiki dua lelaki berusia 54 dan 40 tahun pula dalam perjalanan dari Raub ke Gua Musang bagi mengambil durian.

Bertembung Dari Arah Bertentangan

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

“Ketika ditempat kejadian kereta dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa Tersepit Dalam Kenderaan

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.21 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Beliau berkata, anggota bomba membantu mengeluarkan wanita yang tersepit dalam kenderaan terbabit, manakala dua lelaki yang menaiki pacuan empat roda telah dibawa ke hospital sebelum ketibaan bomba.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!