Polis Sahkan Terima Laporan Kes Rogol Di Bilik Jenazah Sebuah Masjid

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki yang dipercayai siak di sebuah bilik jenazah masjid di Melaka.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan tersebut tidak berlaku seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan itu dibuat oleh seorang wanita berusia lingkungan 50-an terhadap seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis, jam 9.12 pagi.

Tiada Elemen Paksaan Ditemui

Menurut beliau, siasatan menyeluruh telah dijalankan sebelum pihak polis mendapati tiada elemen paksaan yang boleh membuktikan berlakunya jenayah seperti yang didakwa.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes Diserah Kepada JAIM

Beliau berkata, polis telah menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Sebelum ini, kes tersebut tular di media sosial dengan dakwaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa cabul dan rogol di sebuah bilik jenazah masjid.

Turut tersebar dakwaan bahawa imam masjid berkenaan tidak membenarkan mangsa membuat laporan polis selain menukar siak baharu bagi menggantikan siak lama.

Siak Sudah Letak Jawatan

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Rahmad Mariman mengesahkan siak berkenaan telah meletakkan jawatan pada Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihak masjid tidak dapat mengesahkan punca lelaki tersebut melepaskan jawatan berkenaan.

Sumber: Astro Awani

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!