Lelaki OKU Mental Mengaku Bersalah Amang Seksual Dua Remaja Perempuan Di Wakaf Bharu

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja perempuan di hadapan sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat.

Tertuduh, Abd Sofar Abd Satar, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh anggota badan bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun empat bulan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan perbuatan sama terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat masing-masing pada jam 1.40 tengah hari, 31 Mac lalu dan jam 1.30 tengah hari, 20 Mei 2026.

Dihantar Jalani Pemeriksaan Mental

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa tertuduh mempunyai kad OKU kategori mental dan memohon supaya dia dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Dalam rayuannya, tertuduh mendakwa telah insaf dan menyesali perbuatannya.

“Saya jadi macam ini kerana kurang kasih sayang,” katanya di mahkamah.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani pemeriksaan mental sebelum sebarang keputusan atau hukuman ditentukan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Julai depan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!