Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir peniaga yang mempromosikan pakaian dalam dengan memakainya sendiri walaupun menutup aurat, kerana pendekatan itu boleh menimbulkan kontroversi dan tidak selari dengan etika akhlak Islam, lapor Sinar Harian.

BERKAITAN: [VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman


Beliau berkata, dari sudut aurat, wanita terbabit dilihat mematuhi tuntutan syarak, namun kaedah promosi yang digunakan dianggap kurang sesuai kerana masih terdapat alternatif lain yang lebih baik.

Menurutnya, peniaga perlu mengutamakan cara promosi yang tidak menimbulkan polemik dalam masyarakat.

“Dari segi etika, perkara itu tidak begitu sesuai kerana masyarakat sudah sedia maklum mengenai fungsi pakaian tersebut.

“Kalau mahu menunjukkan cara pemakaian sekali pun, masih ada pilihan lain seperti menggunakan replika atau patung peragaan,” katanya pada Selasa.

Utamakan Etika Dan Akhlak Islam

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang wanita bertudung yang memperagakan cara pemakaian pakaian dalam menerusi media sosial.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri menegaskan bahawa peniaga perlu sentiasa mematuhi etika dan akhlak Islam dalam menjalankan urusan perniagaan.

“Kita pada setiap masa perlu patuh dan mengamalkan etika akhlak Islam dalam apa juga yang dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, tindakan memperagakan pakaian dalam dengan cara tersebut dilihat agak keterlaluan kerana terdapat banyak pilihan lain yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk.

Elak Salah Faham Dalam Masyarakat

Beliau berpandangan, jika wanita terbabit menutup aurat sepenuhnya, mungkin tidak timbul isu besar dari sudut hukum.

Namun katanya, dari sudut kesesuaian, adab dan sensitiviti masyarakat, kaedah itu bukan pilihan terbaik.

“Kalau ada pilihan lain, saya nasihatkan supaya diberi keutamaan kepada kaedah yang tidak menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang wanita berpakaian menutup aurat memperagakan cara pemakaian pakaian dalam di media sosial sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara berkenaan.

BERKAITAN: [VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman


Katanya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap isu yang tular itu.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!