LRA Bukit Chupak Bernilai RM70.76 Juta Mula Beroperasi, Legakan Penduduk Gua Musang

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mencatat satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur bekalan air negara apabila Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak, Gua Musang bernilai RM70.76 juta secara rasmi diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd pada Khamis.

LRA Bukit Chupak yang mempunyai kapasiti pengeluaran 10 juta liter sehari merupakan loji rawatan air baharu pertama dibangunkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad di Kelantan.

Selesai Masalah Bekalan Air Hampir 20 Tahun

Pengerusi PAAB, Jaseni Maidinsa berkata, loji berkenaan berfungsi sebagai sumber bekalan air bersih baharu kepada penduduk di kawasan utama sekitar Gua Musang.

Menurut beliau, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha strategik bagi memastikan penduduk menikmati akses kepada bekalan air bersih yang berkualiti secara berterusan.

"Projek ini juga berjaya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan di Gua Musang sejak hampir dua dekad lalu," katanya pada Majlis Perasmian LRA Bukit Chupak.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud.

Manfaat Kepada Lebih 20,000 Penduduk

Menurut PAAB, bekalan air terawat daripada LRA Bukit Chupak diagihkan melalui dua sistem agihan utama yang membekalkan air ke kawasan Ladang Sungai Terah, Kampung Kerinting, Kampung Awek, Bandar Utama, Bandar Lama, Taman Wangsa Mewangi, Kesedar Inn, Taman Chinda, Taman Mesra dan Kampung Baru.

Secara keseluruhannya, pembinaan loji tersebut memberi manfaat secara langsung kepada lebih 20,000 penduduk di sekitar Gua Musang.

Selain meningkatkan akses kepada bekalan air bersih, projek itu turut membantu meningkatkan rizab margin bekalan air kepada sekurang-kurangnya lima peratus serta menstabilkan tekanan bekalan air ketika permintaan meningkat terutama pada musim kemarau dan musim perayaan.

Dilengkapi Teknologi Rawatan Air Moden

Loji berkenaan turut dilengkapi pelbagai teknologi rawatan air moden yang memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, penjimatan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

LRA Bukit Chupak mula membekalkan air kepada pengguna selepas melalui proses pengujian dan pentauliahan sebelum siap sepenuhnya pada 28 April lalu.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!