Rumah Dan Kereta Terbakar Di Langkawi Sejurus Selepas Berbuka Puasa

Suasana hari pertama Ramadan bertukar cemas apabila sebuah rumah dan kenderaan rosak teruk dalam kebakaran di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Padang Matsirat, petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Mohd Zamri Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 malam.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat tiba di lokasi kira-kira tiga minit selepas panggilan diterima.

“Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Padang Matsirat dengan bantuan BBP Langkawi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan sebuah unit kuarters guru berkembar kelas A setingkat berkeluasan 324 meter persegi dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.

Sebuah kenderaan jenis Volkswagen Polo turut terjejas dengan kemusnahan hampir 90 peratus.

“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa. Api berjaya dikawal pada jam 8.17 malam sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api dan sumber nyalaan di lokasi kejadian.


“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.01 malam. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!