Pelajar Perempuan Histeria, Berdiri Di Koridor Tingkat 1 Sekolah Di Bachok

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Bachok dipercayai mengalami gangguan histeria apabila bertindak berdiri di koridor tingkat satu bangunan sekolah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila mangsa dilaporkan menunjukkan tingkah laku luar kawalan di dalam kelas sebelum bertindak keluar melalui tingkap dan berada di koridor berkenaan.

Menurutnya, usaha guru untuk menenangkan pelajar itu tidak berjaya apabila mangsa didapati bertindak agresif serta berada dalam keadaan seolah-olah tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, pihak sekolah mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berada berhampiran sebelum operasi menyelamat dijalankan.

Mohamad Ismail berkata, selepas kira-kira setengah jam, remaja itu berjaya diturunkan dengan selamat oleh anggota bomba.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit mempunyai sejarah gangguan histeria serta pernah menerima rawatan termasuk rawatan tradisional dan rawatan pakar psikiatri sebelum ini yang belum pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pelajar tersebut diserahkan kepada ibunya dan berada dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, polis turut menegaskan tiada sebarang unsur cubaan bunuh diri dalam kejadian tersebut seperti yang tular di media sosial serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau turut memaklumkan setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.



Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!