Wanita Berlumuran Darah Tular Rupanya Dipukul Suami, Kes Dibawa Ke Mahkamah

Seorang wanita berlumuran darah yang tular menerusi rakaman video di media sosial baru-baru ini disahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila dipercayai dicederakan oleh suaminya sendiri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, suami mangsa yang juga seorang pemandu lori berusia 31 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh pada Khamis.

Menurut beliau, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan majistret.

“Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Suspek Ditahan Selepas Mangsa Buat Laporan

Muhammad Najib berkata, suspek ditahan pada Selasa lalu selepas polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 41 tahun, kira-kira jam 10.50 malam pada hari sama.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan suaminya yang berada dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Video Tular Di Threads Cetus Perhatian

Dalam masa sama, polis turut mengesan satu hantaran tular di aplikasi Threads yang memaparkan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah meminta pertolongan di kawasan Desa Pengkalan Timah, Lahat.

“Siasatan lanjut mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis pada hari kejadian dan suspek berjaya ditahan pada hari sama,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!