RM1.5 Juta Bina Terminal Bas Baharu Di Hentian Gua Musang Tahun Ini

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi membina terminal bas baharu di Hentian Gua Musang dalam usaha meningkatkan kemudahan serta tahap keselesaan pengguna pengangkutan awam di Kelantan.

Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang, Che Ibrahim Che Ismail berkata, projek berkenaan dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini dan bakal memberi imej baharu kepada hentian itu yang menjadi lokasi utama pergerakan bas ekspres serta Bas.My.

Menurutnya, antara kemudahan yang akan disediakan termasuk ruang menunggu, kaunter tiket dan penambahbaikan kemudahan asas bagi memastikan keselesaan penumpang terus terjamin.

“Sebelum ini, kerja-kerja menaik taraf tandas di hentian tersebut telah dilaksanakan dengan kos hampir RM350,000.

“Pembinaan terminal baharu itu dijangka bukan sahaja memberi keselesaan kepada penumpang tetapi memberi nafas baharu kepada Hentian Gua Musang sebagai lokasi pengangkutan darat di kawasan Kelantan selatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ibrahim yang juga Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelaksanaan pangkalan data pemandu bagi mewujudkan pemandu bas yang lebih berhemah.


“Pemandu yang mempunyai rekod buruk atau tidak mematuhi peraturan tidak akan disenaraikan, sekali gus memastikan syarikat hanya mengambil pemandu yang layak,” katanya.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!