Polis Nasihat Guna Laluan Sah, Elak Rentas Sungai Golok Secara Haram Musim Raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand supaya menggunakan laluan sah sekiranya ingin menziarahi saudara-mara sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mengambil serius kemungkinan peningkatan aktiviti rentas sempadan secara tidak sah, terutama apabila paras air Sungai Golok kini semakin cetek.

Menurutnya, keadaan itu boleh membuka ruang kepada segelintir pihak untuk menyeberang secara haram, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar undang-undang dan sentiasa menggunakan laluan sah bagi mengelakkan tindakan tegas diambil,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan dan pemantauan akan dipertingkatkan di kawasan panas yang sering menjadi laluan tidak rasmi bagi penduduk tempatan serta rakyat Thailand.

Sehubungan itu, orang ramai digesa menggunakan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang sah seperti di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menjangkakan kira-kira 50,000 pengembara akan menggunakan Kompleks ICQS Rantau Panjang dalam tempoh tiga hari sebelum dan selepas Aidilfitri.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!