Masjid As-Siddiqin Lokasi Utama World #QuranHour 2026 Di Kelantan

Masjid Masjid As-Siddiqin Mukim Panchor dipilih sebagai lokasi utama bacaan serentak sempena World #QuranHour (WQH) 2026 bagi negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mac ini.

Pengerusinya, Azmi Mat Nor berkata, pemilihan masjid itu sebagai pusat tumpuan program disifatkan sebagai satu penghormatan besar kepada kariah setempat, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Alhamdulillah, kami berbesar hati dan bersyukur kerana masjid ini dipilih sebagai lokasi utama.

“Penganjuran ini bukan sahaja akan menghimpunkan masyarakat setempat, malah membuka ruang kepada umat Islam untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dengan bacaan dan penghayatan al-Quran,” katanya.

Menurut beliau yang juga imam tua, pihak masjid sudah membuat persiapan rapi termasuk penyelarasan ruang solat utama dan kawasan parkir bagi memastikan kelancaran program.

Katanya, kawasan parkir mampu menampung kira-kira 100 hingga 200 kenderaan pada satu-satu masa selain terdapat kawasan tambahan di sekitar masjid sekiranya jumlah kehadiran meningkat.

Masjid itu juga mampu menampung lebih 2,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan asas seperti 25 tandas, ruang wuduk dan sistem audio berada dalam keadaan baik untuk program berskala besar.


Sasar 1,000 Peserta Pelbagai Lapisan

World #QuranHour (WQH) Kelantan menyasarkan kehadiran seramai 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di lokasi utama tersebut tahun ini.

Pengarah Program WQH Kelantan, Muhamad Bokhari berkata, penglibatan generasi tua dan muda amat penting bagi merealisasikan tema tahun ini iaitu Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) berkata, pembinaan bangsa perlu bermula dengan pengukuhan jati diri berlandaskan al-Quran.

“Orang muda memerlukan bimbingan dan pengalaman golongan lebih berusia, manakala orang tua pula memerlukan tenaga serta semangat anak muda.

“Surah al-Muzzammil yang dipilih tahun ini sangat bertepatan untuk menyatukan kedua-dua kelompok ini,” katanya.

Menurutnya, pemilihan surah tersebut oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) membawa mesej signifikan dalam membaiki kekuatan dalaman masyarakat.

“Harus diakui ramai antara kita masih belum benar-benar kukuh teras hidup berlandaskan al-Quran.

“Masih ada kelonggaran dalam penghayatan dan inilah masanya untuk kita perbaiki secara bersama,” jelasnya.

Program WQH akan diadakan pada 21 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan Rabu, 11 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 1 petang.


Orang ramai yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh mengikuti siaran langsung menerusi platform digital rasmi penganjur dan PRNNK.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!