Pemuda PAS Cadang Dr Sam Sebagai Calon Perdana Menteri

Pemuda PAS mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Dalam satu hantaran di Facebook, sayap parti itu menggambarkan Menteri Besar Terengganu berkenaan sebagai seorang teknokrat dan pemimpin yang tenang serta berfokus kepada hasil.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Samsuri Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dr Sam bukan seorang ahli politik yang gemar berdrama, sebaliknya dikenali sebagai pemimpin yang bekerja dalam diam tetapi membuahkan keputusan nyata.

“Pendekatan ini amat disenangi golongan atas pagar yang sudah muak dengan polemik dan drama politik yang berpanjangan.

“Andai kata Dr Ahmad Samsuri dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri suatu hari nanti, apa pendapat rakyat Malaysia semua? Cuba komen,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pemuda PAS turut menekankan beliau bukan sekadar ahli politik, malah mempunyai latar belakang akademik cemerlang.

Dr Samsuri memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Aeroengine Ignition and Combustion (High Altitude Engine Failure) daripada University of Leeds pada 2001.

Sebelum itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Combustion and Energy dari Centre for Combustion Studies, universiti yang sama pada 1996.

Merujuk pencapaian di Terengganu, Pemuda PAS berkata sejak 2018 negeri itu berjaya menarik pelaburan berjumlah RM14.86 bilion merentasi pelbagai sektor.

Sehingga Jun lalu, Terengganu turut mencatatkan pelaburan sebanyak RM6 bilion, angka tertinggi dalam sejarah negeri bagi tempoh separuh tahun pertama.

Menurut kenyataan itu lagi, kadar pengangguran menurun kepada 2.8 peratus, terendah dalam tempoh lebih 10 tahun bagi suku kedua 2025.

Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu berkembang 4.5 peratus kepada RM39.9 bilion pada 2024 berbanding 2.3 peratus pada tahun sebelumnya.


Sektor pembinaan negeri juga dilaporkan melonjak 17.5 peratus pada 2024 berbanding 1.7 peratus setahun sebelumnya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan