PDRM Tumpaskan Tiga Sindiket Di Lembah Klang, Rampas Dadah Lebih RM200 Juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dalam beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang sejak 30 Januari hingga 3 Februari lalu, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM208.25 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya turut berjaya menahan ketua ketiga-tiga sindiket berkenaan bersama sembilan ahli mereka.

Dalam operasi pertama pada 30 Januari, tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun ditahan ketika menaiki sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

Hasil soal siasat membawa kepada pemeriksaan sebuah kenderaan di Jalan Kuchai Lama yang menemukan 255 bungkusan dadah disyaki methamphetamine seberat 265 kilogram bernilai RM13.25 juta.

Beliau berkata, seorang suspek dikenal pasti sebagai ketua sindiket, manakala dua lagi bertindak sebagai ‘transporter’ yang membawa dadah dari Pantai Timur ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan.

Ketiga-tiga mereka telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi kedua di sekitar Kepong pada 31 Januari, polis menahan tiga suspek tempatan dan seorang warga asing berusia antara 38 hingga 58 tahun, serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM180 juta.

Rampasan melibatkan MDMA, pil erimin 5, pil ekstasi, serbuk ketamin dan methamphetamine. Empat kenderaan milik sindiket turut disita.

Menurut Hussein, sindiket ini menggunakan rumah sewa di Lembah Klang sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, pada 2 dan 3 Februari, polis menahan enam individu termasuk warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran bunga ganja ke luar negara.

Tangkapan melibatkan serbuan di KLIA, Bandar Damai Perdana Cheras, Taman Equine dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam operasi tersebut, polis merampas lebih 400 bungkusan bunga ganja dengan jumlah keseluruhan melebihi 180 kilogram.

Siasatan awal mendapati sindiket menggunakan keldai dadah untuk menyeludup bekalan ke United Kingdom dengan tawaran bayaran tunai dan pakej percutian.


Kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!