KPDN Kelantan Rampas 493kg Minyak Masak Bersubsidi Dalam Operasi Di Tumpat

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 493 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM4,232.50 dalam satu operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, petang semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 5.30 petang itu menemukan sejumlah minyak masak paket bersubsidi yang disimpan melebihi had kuantiti dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain rampasan minyak masak, pasukan penguat kuasa turut menyita sebuah kenderaan jenis Naza Suria serta dua salinan resit pembelian minyak masak bagi membantu siasatan lanjut.

Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an telah dikenal pasti sebagai Orang Yang Disyaki (OYDS) berhubung kes berkenaan.


Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu kesalahan menyimpan barang kawalan melebihi had kuantiti yang dibenarkan.

SHARE:

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan