Kanak-Kanak 8 Tahun Cedera Dipatuk Tedung Senduk Di Kampung Pulau Panjang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera selepas dipatuk ular tedung senduk dalam kejadian di Kampung Pulau Panjang, Jalan Kuala Besar, pada Ahad.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam sebelum bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kanak-kanak terbabit dilaporkan sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang oleh ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan awal sebelum mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi tindakan lanjut.

“Seramai empat anggota termasuk pegawai meneruskan misi mencari ular berkenaan yang mana mengambil masa selama lima minit sebelum berjaya menangkap tedung senduk seberat dua kilogram (kg) dengan panjang satu meter (m).

“Anggota kemudian menghubungi pihak hospital bagi memaklumkan spesies ular bagi memudahkan proses rawatan lanjut kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berdepan ancaman haiwan berbisa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengancam nyawa dan menyerahkan kes sebegini kepada anggota yang pakar dalam mengendalikan haiwan berbisa.

Sumber: Buletin TV3, APM Negeri Kelantan

SHARE:

TERKINI

Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!