JPJ Puji Disiplin Komuniti RXZ Di Kelantan, Tiada Kemalangan RXZ Forever Legend

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan memuji tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh komuniti penunggang RXZ yang membanjiri negeri ini sempena penganjuran RXZ Forever Legend apabila tiada sebarang pelanggaran peraturan dan kemalangan diterima sepanjang dua hari program itu berlangsung.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, maklumat awal mendapati pergerakan kumpulan penunggang yang memasuki negeri ini sejak Khamis malam hingga Jumaat berjalan dalam keadaan teratur tanpa sebarang unsur provokasi.

Menteri besar kelantan naik motosikal RXZ


“Sehingga saat ini, saya dapati para pengunjung begitu berdisiplin. Maklumat awal menunjukkan mereka bergerak dengan baik, tiada unsur provokasi dan pemantauan di sekitar bandar juga mendapati penunggang RX-Z sangat berdisiplin.

“Kebanyakannya pula mengambil peluang meneroka tempat-tempat makan di Kelantan dan ini satu perkara yang sangat positif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup RXZ Forever Legend di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang turut meluangkan masa menunggang motosikal RX-Z bersama peserta.

Mohd Misuari berkata, pihaknya berasa bangga dengan sikap komuniti RX-Z yang hadir kerana setakat ini JPJ tidak menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan melibatkan penunggang motosikal berkenaan.

Beliau percaya mereka yang hadir benar-benar lengkap dari segi pematuhan peraturan, memandangkan sebelum ini JPJ Kelantan telah memberi peringatan supaya tidak hadir sekiranya kenderaan dan kelengkapan tidak lengkap.

Menurutnya, aspek keselamatan nyawa perlu terus menjadi keutamaan dalam setiap penganjuran selepas ini, khususnya membabitkan pergerakan berkumpulan serta perjalanan pulang peserta ke destinasi masing-masing.

“Saya berharap semua yang hadir, sama ada secara berkumpulan atau individu, terus mengekalkan disiplin ini sehingga ke perjalanan pulang,” katanya.


Beliau turut menyifatkan sikap positif komuniti RX-Z kali ini sebagai satu contoh kepada penganjuran program permotoran berskala besar yang boleh berlangsung dalam suasana harmoni, selamat dan berdisiplin tanpa menjejaskan ketenteraman awam.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!