Bapa Balut Usus Anak Dengan Plastik, Tidak Mampu Sediakan Beg Stoma

Seorang bapa di Jerantut terpaksa membalut usus anak bongsunya dengan karung plastik biasa kerana tidak mampu menyediakan beg stoma, sekali gus menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa melupakan hasrat untuk memulakan persekolahan tahun ini.

Kanak-kanak tersebut, Mohd Adam Mat Noh, 7, mengalami komplikasi usus terkeluar sejak lahir selepas dikesan organ dalamannya pendek dan tersumbat sehingga gagal membuang air besar secara normal.

Bapanya, Mat Noh Mohamed, 57, berkata, Mohd Adam pernah menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 2022 sehingga sebahagian usus terpaksa dikeluarkan.

Menurutnya, sejak setahun lalu, anaknya sepatutnya menggunakan beg stoma, namun kekangan kewangan menyebabkan dia terpaksa membalut usus anaknya menggunakan plastik biasa.

“Keadaan ini sangat berbahaya dan menyukarkan pergerakannya, jadi saya tangguhkan dahulu anak ke sekolah,” katanya.

Mat Noh yang menetap di Felda Gelanggi Empat berkata, anaknya masih memerlukan rawatan susulan untuk memasukkan semula usus yang terkeluar, namun kos rawatan yang tinggi menambah beban keluarga.

Tambahnya, dia kini tidak mampu bekerja selepas kemalangan motosikal tahun lalu yang mengakibatkan kecederaan saraf tulang belakang dan tulang paha kanan memendek, sekali gus menyebabkan dia berstatus orang kurang upaya (OKU).

bapa balut usus anak dengan plastik



“Kekangan kewangan ini bukan sahaja menjejaskan Adam, malah anak sulung saya, Mohd Razak, 11, turut kerap tidak ke sekolah,” katanya yang kini menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Nasib Mohd Adam mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) Jerantut menziarahi keluarganya.

Pengerusinya, Norsarfinaz Mohd Azman berkata, Mohd Adam sepatutnya sudah memulakan persekolahan, namun keadaan fizikalnya yang lemah berisiko menyebabkan pendarahan.

Beliau memaklumkan, pihaknya akan membantu Mohd Adam mendapatkan rawatan supaya dia boleh hadir ke sekolah, selain memastikan dua beradik itu menerima bantuan JKM.

Ziarah tersebut turut disertai Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Muhammad Syafiq Kunyahamu bagi menilai tahap kesihatan Mohd Adam sebelum dirujuk untuk rawatan lanjut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menghulurkan bantuan segera bagi membolehkan Mohd Adam mendapatkan rawatan pada tarikh baharu yang akan ditetapkan pihak hospital.



Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu Mohd Adam boleh menghubungi Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar di talian 013-9074157 (Zila Ismail).

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!