Along Eyzendy Kritikal Akibat Pendarahan Dalam Perut, Jalani Prosedur Skop

Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka apabila pelakon terkenal, Along Eyzendy dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan pendarahan dalam perut.

Memetik laporan media, status kesihatan pelakon berusia 47 tahun itu kini bergantung kepada hasil prosedur memasukkan kamera (skop) yang dijalankan oleh pasukan perubatan bagi mengenal pasti punca pendarahan.

Isterinya, Hamidah Mohd Yatim memaklumkan prosedur berkenaan penting bagi menentukan rawatan seterusnya.

“Buat masa sekarang, doktor memaklumkan Along berada dalam fasa kritikal.

“Pagi tadi (semalam) Along sudah jalani prosedur skop untuk kesan punca pendarahan. Kami sedang tunggu perkembangan lanjut.

“Sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor maklumkan akan teruskan dengan pembedahan,” katanya.

Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz dilaporkan mengalami demam dan batuk berpanjangan, selain mengesyaki berlaku jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Keadaannya semakin serius apabila beliau tidak sedarkan diri sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Serdang.

Difahamkan, kesemua ahli keluarga termasuk anak-anak serta saudara-mara dari Machang, Kelantan sudah berada di hospital bagi menemani dan memberi sokongan moral buat Along.

Along yang berasal dari Ipoh, Perak merupakan bapa kepada tiga cahaya mata dikenali menerusi filem Budak Kelantan, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Karak dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.



Selain dunia lakonan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah Teater Tradisional Makyong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Sumber: Sinar Plus, Berita Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!