Air Kelantan Hantar Bantuan Ke Johor, Bantu Lebih 31,000 Akaun Terjejas Gangguan Bekalan Air

Air Kelantan Official Sdn. Bhd. (AKSB) tampil menghulurkan bantuan bekalan air kepada Ranhill SAJ, Johor susulan gangguan bekalan air yang menjejaskan 31,081 akaun pengguna di daerah Kluang dan Pontian akibat kemerosotan mendadak paras sumber air di Empangan Machap.

Bantuan tersebut dilaksanakan pada 9 Februari 2026 menerusi penghantaran dua lori tangki air berserta empat orang kakitangan AKSB, di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Antara Operator Air yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak tahun 2022.

Kerjasama sukarela antara operator air seluruh negara itu bukan sahaja memastikan bantuan segera dapat disalurkan ketika krisis, malah turut membuktikan semangat tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menjaga kebajikan pengguna air di seluruh negara.

Usaha tersebut juga memperlihatkan hubungan kerjasama dua hala antara negeri, apabila negeri-negeri lain turut tampil membantu Kelantan ketika berdepan isu bekalan air kritikal sebelum ini.


Inisiatif ini mencerminkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan keutamaan terhadap kebajikan rakyat sebagai teras utama dalam pengurusan perkhidmatan air negara.

Sumber: UPKN Kelantan

SHARE

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!