Ujian Berat Sebuah Keluarga Di Pasir Puteh, Isteri & Tujuh Anak Ada Masalah Pernafasan

Sepasang suami isteri dari Kampung Jeram Pasu, Pasir Puteh berdepan ujian besar apabila tujuh anak mereka disahkan mengalami masalah saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil, lapor Kosmo.

Bapa kepada tujuh anak, Sukor Abu Hassan, 49, yang bekerja secara kontrak sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat swasta, berkata cabaran hidup mereka bertambah apabila isterinya, Siti Samiah Mohd Yidin, 37, turut menghidap penyakit jantung.

Menurut pasangan itu, kekangan kewangan kini menjadi cabaran utama untuk menguruskan keperluan harian dan rawatan kesemua anak mereka yang berusia antara setahun hingga 17 tahun.

Siti Samiah berkata, dia perlu menjaga tujuh anak iaitu Siti Aisyah Alyaa, 17, Ahmad Firdaus, 15, Muhammad Zul Harris, 10, Nur Balqis Umairah, 9, Muhammad Saifullah, 6, Nur Badariah, 3, dan Siti Nur Arrisya Sofia, 1.

Katanya, meskipun kebanyakan anak-anaknya sudah meningkat usia, tahap kesihatan mereka perlu sentiasa diberi perhatian kerana semuanya menghidap masalah saluran pernafasan sempit dan asma sejak kecil.

“Siti Aisyah Alyaa menghidap asma kronik, manakala Ahmad Firdaus pula mengalami masalah saluran jantung dan pernafasan sempit sehingga terpaksa berhenti sekolah pada Ogos lalu.

“Muhammad Saifullah mempunyai saiz jantung besar, manakala Siti Nur Arrisya Sofia yang merupakan anak bongsu mengalami jantung berlubang dan pendarahan dalaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Siti Samiah turut memaklumkan, rawatan jantung yang perlu dilaluinya terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan selain mengutamakan kesihatan anak-anaknya.

Menurutnya, anak-anak sudah biasa menjamah nasi bersama garam apabila bekalan makanan di rumah kehabisan.

“Kami tiada pilihan lain apabila makanan sudah habis. Anak-anak sudah biasa dengan keadaan itu walaupun mereka menghidap pelbagai penyakit,” ujarnya.

Sementara itu, Sukor berkata beliau hanya memperoleh pendapatan bersih sekitar RM1,500 sebulan hasil kerja kontrak yang dilakukannya.

“Kami menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM2,000 setahun.

Bukan tidak bersyukur, tetapi jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan keperluan harian tujuh anak yang sakit,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti Samiah di talian 011-5664 9199 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03090020984459 atas nama Siti Samiah Mohd Yidin.



Sumber: Kosmo

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!