Tangguh Dulu Percutian Ke Thailand Hingga Pilihan Raya Selesai – Exco Kelantan

Pelancong yang merancang untuk bercuti ke Thailand disarankan supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu sehingga proses pilihan raya negara itu selesai bulan depan.

Saranan itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Kamarudin Md Nor, susulan situasi semasa negara jiran yang kini berada dalam tempoh kempen pilihan raya.

Menurut beliau, tempoh berkenaan lazimnya memberi kesan terhadap suasana keselamatan dan ketenteraman awam.

“Baru-baru ini berlaku insiden serangan bom dan perkara seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa ketika tempoh pilihan raya di sana.

“Mereka kini sedang berkempen pilihan raya, jadi jika tiada urusan yang benar-benar penting, lebih baik tangguhkan dahulu perjalanan ke Thailand,” katanya kepada pemberita.

Pada 27 Disember lalu, Thailand memulakan tempoh kempen pilihan raya umum apabila parti-parti politik mula mendaftarkan calon di Bangkok serta 76 wilayah lain bagi merebut kerusi Dewan Perwakilan.

Hari pengundian dijadualkan berlangsung pada 8 Februari ini, dengan pengundi akan memilih 500 ahli Dewan Perwakilan untuk tempoh lima tahun menerusi sistem dua undi.

Kamarudin berkata, tempoh kempen pilihan raya di Thailand kebiasaannya mengambil masa sekitar sebulan dan dijangka berakhir dalam satu hingga dua minggu lagi.

Beliau menjelaskan, suasana yang lebih sensitif ketika pilihan raya berlangsung bukan sesuatu yang luar biasa dan turut berlaku di beberapa negara lain yang sedang melalui proses demokrasi.

“Di Malaysia, kita bersyukur kerana proses pilihan raya dapat dijalankan dalam suasana yang relatif tenang.

“Namun di sesetengah negara, kempen pilihan raya ada kalanya dikaitkan dengan insiden keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan mengutamakan keselamatan diri ketika merancang perjalanan ke luar negara.

Sebelum ini, media melaporkan pihak keselamatan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengesan beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam serangan bom di selatan Thailand, dengan sebahagian daripada mereka dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!