STR Fasa 1 Akan Disalurkan Bermula Esok, 20 Januari

Kerajaan persekutuan akan mula menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bermula 20 Januari 2026, seperti diumumkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 pada 5 Januari lalu.

Bagi fasa pertama ini, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan bagi memanfaatkan 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tanpa pasangan di seluruh negara.

Penerima STR Fasa 1 akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Kadar Bayaran STR Fasa 1 2026

  • Isi Rumah: RM100 hingga RM500
  • Warga Emas (Tiada Pasangan): RM150
  • Bujang: RM100

Kerajaan turut memaklumkan jadual pelaksanaan STR bagi fasa seterusnya seperti berikut:

  • Fasa 2: Dijangka April 2026
  • Fasa 3: Dijangka Julai 2026
  • Fasa 4: Dijangka Oktober 2026

Selain STR, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 turut akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang layak dan berusia 18 tahun ke atas bermula 9 Februari 2026.

Bantuan SARA ini akan disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad, bagi membantu keperluan asas harian penerima.

Orang ramai boleh menyemak status kelayakan dan maklumat bayaran STR melalui portal rasmi kerajaan DISINI

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan