Polis Dedah Wanita Ketua Sindiket Dadah Kelantan, Dipercayai Mempunyai Dua Kerakyatan

Seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah kini dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan rampasan dadah jenis bunga ganja seberat 52 kilogram (kg) bernilai RM1.82 juta dalam dua serbuan berasingan di Kuala Krai, Kelantan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata wanita berkenaan dipercayai mempunyai dwi kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta disyaki kini berada di negara jiran.

Menurut beliau, rampasan itu dibuat hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menerusi Ops Agas, yang turut mendedahkan pembabitan sindiket berkenaan dengan rangkaian antarabangsa.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, pada 11 Januari.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan wanita yang dipercayai ‘mastermind’ sindiket ini dan masih menyiasat sama ada dia benar-benar mempunyai dwi kerakyatan atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Hussein, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak September 2024 dengan modus operandi mengambil bekalan dadah di Pengkalan Jambu, Rantau Panjang sebelum dibawa ke sebuah rumah transit di hujung Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa.

Katanya, dadah tersebut kemudiannya akan dibawa keluar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Nilai anggaran keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM1.92 juta. Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan JSJN serta kerjasama orang awam,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah kerana aktiviti tersebut bukan sahaja mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat, malah mencemarkan imej dan maruah negara.



“Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang. Sindiket ini adalah sebahagian daripada rangkaian besar yang aktif di Pantai Timur khususnya di Kelantan.

“JSJN masih mengesan saki-baki ahli kumpulan ini, termasuk seorang wanita yang dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran dan kemungkinan mempunyai dwi kerakyatan,” katanya.

BERKAITAN: Polis Buru Wanita Disyaki Dalang Sindiket Dadah RM1.82 Juta Di Kuala Krai


SHARE BERITA INI:

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan